KERETA ABPBH SHAHEIZY SAM HILANG DI SEGAMBUT JUMPA DI JOHOR
 |
Kereta Mewah Hadiah Utama ABPBH Hilang Di Segambut Ditemui Di Johor Baharu |
Kereta Mewah jenis Nissan Fairlady, hadiah utama bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012 yang dicuri di pusat servis kereta di Segambut pada Sabtu lepas ditemui semula awal pagi ini di Taman Skudai, Johor. Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh, kereta yang bernilai kira-kira RM400,000 itu dipercayai dilarikan suspek yang sama dengan tiga kes curi kereta mewah di Jalan Chan Sow Lin dan Bukit Bintang sebelum ini.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup suspek memasuki perkarangan pusat servis sambil membawa fail dan berlakon seolah-olah ingin melihat kereta berkenaan kemudiannya melarikan kereta itu dengan mudah kerana kunci kereta telah berada di dalam kereta itu. Kereta mewah itu merupakan hadiah utama bagi ABPBH 2012 bagi kategori Bintang Paling Popular yang dimenangi oleh pelakon Shaheizy Sam.
Suspek utama kes curi kereta itu dipercayai pernah melarikan sebuah kereta Porsche Panamera 4 dari bilik pameran kereta jenama itu di Jalan Bukit Bintang pada Oktober tahun lepas sebelum melarikan dua lagi kereta mewah jenis Audi TT dan Volkswagen Golf GTI dari dua pusat pameran kereta di Jalan Chan Sow Lin, Cheras Januari lepas. Polis sedang mencari
Mohd Azri Mohd Kassim, 32, bagi membantu siasatan kes itu.
Polis Kuala Lumpur ingin meminta orang ramai yang mengenali dan mempunyai sebarang maklumat mengenai saspek, boleh menghubungi mana-mana balai polis atau Rakan Cop IPK KL ditalian
03-21159999 atau Bahagian Siasatan Khas (D9) IPK Kl di talian
03-21460685.
Maklumat suspek :-