Kali terakhir Spice Girls mengadakan persembahan bersama ketika acara penutup sukan Olimpik 2012 yang diadakan di London baru-baru ini.
KUMPULAN yang menjadi kegilaan peminat pada tahun 90-an iaitu Spice Girls dilaporkan bakal bergabung sekali lagi buat kali terakhir selepas muncul pada persembahan penutup sukan Olimpik 2012 di London baru-baru ini.
Daily Star melaporkan, Spice Girls yang dianggotai oleh Victoria Beckham, Emma Bunton, Mel B, Geri Haliwell dan Mel C dikatakan sedang berbincang untuk mengadakan sebuah persembahan muzikal yang diberi nama Viva Forever.
p>Menurut laporan, persembahan itu berdasarkan kepada lagu dan perjalanan karier mereka sepanjang bergelar artis terkenal di seluruh dunia.
Kumpulan itu dijangka akan mengadakan pertunjukan tersebut pada 11 Disember depan.
sumber