 |
| Wang Lee Hom |
Penyanyi popular Taiwan,
Wang Lee Hom telah menghiburkan peminatnya dalam sebuah konsert di
Arena of Stars,
Genting Highlands baru-baru ini.
Apa yang lebih mengejutkan apabila Wang Lee Hom telah mendendangkan lagu
Getaran Jiwa nyanyian
Allahyarham P. Ramlee dengan diringi petikan piano.
Ternyata usaha yang ditunjukkan Wang Lee Hom itu membuatkan peminat berasa teruja dengan kesungguhannya memikat hati peminat tempatannya.
Selain itu, penyanyi kelahiran Amerika Syarikat itu juga sempat berduet dengan penyanyi undangan,
Najwa Latiff buat kali kedua.