Pelakon wanita Hong Kong, Jenny Lay telah didera oleh seorang pengarah TV secara fizikal setelah dua jam gagal mendapatkan 'take' yang terbaik.
Rakaman penderaan tersebut telah disebarkan oleh saksi yang berada ditemapat kejadian, menunjukkan Gary Cheung telah menyerkup kepala Jenny dengan beg plastik dan menolaknya hingga kepalanya terhantuk pada dinding.
Jenny bukan sahaja terpaksa menahan kesakitan, ketidakselesaan dan malu malah bau beg busuk dari beg plastik tersebut yang digunakan untuk membungkus katak.
Jenny berasa amat sedih dan menangis selepas kejadian itu.
Pengarah TVB itu kemudiaannya tersedar akan perbuatannya itu, dan mengaku beliau panas baran kerana mereka tidak dapat rakaman Jenny menjerit dan menangis akibat terkejut.
Akibat dari deraan tersebut, Jenny terduduk di atas lantai dan menangis dan adakalanya beliau muntah.
Gary kemudiaanya cuba ditenangkan oleh pelakon senior, Lousie Lee, tetapi Gary memintanya untuk berehat.
Malangnya, Jenny tidak menyalahkan Gary malah menyokong perbuatannya.
"Saya memang berasa tidak selesa. Tetapi saya gembira mendapat peluang seperti ini kerana ramai yang mengharapkan yang terbaik dari saya. Gary hanya mahukan yang terbaik untuk drama TV ini...beliau tidak bersalah..."
sumber